ASSALAMUALAIKUM :) WELCOME TO OUR KRIK KRIK BLOG !!!

Sunday 7 December 2014

PENGENALAN PEMATERIAN

Pematerian adalah satu proses menyambugkan pengalir (wayar penyambungan atau kaki komponen) pada papan litar dengan mencairkan logam bagi menghasilkan litar elektronik. Kerja pematerian melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan, tetapi jika pemateri tidak dilakukan dengan sempurna kegagalan untuk sesuatu projek tidak berfungsi dengan baik akan berlaku.

Terdapat dua proses pematerian iaitu:
  •        Pematerian Lembut
  •        Pematerian Keras
Pematerian lembut
·         Bidang elektrik dan elektronik merupakan bidang yang paling banyak menggunakan proses pematerian lembut, contohnya menyambungkan komponen-komponen pada papan litar tercetak, televisyen, radio, telefon, mesin taip dan sistem pencucuh bahan api automobil.

Pematerian keras

·         Syarikat pembuat peti sejuk, alat hawa dingin dan vakum menggunakan proses ini dengan banyaknya untuk membuat penyambungan yang tidak bocor. Industri automobil turut menggunakanya untuk menghasilkan aksesori, roda stering dan tiup penyambung.


Pematerian kebanyakannya digunakan dalam bidang elektrik dan elektronik. Perkembangan teknologi pada masa ini telah menyebabkan terhasilnya mesin pematerian yang canggih sehingga semua proses pematerian boleh dilakukan dalam satu mesin sahaja. Penciptaan mesin ini juga telah meningkatkan pengeluaran produk yang menggunakan proses pematerian. 

No comments:

Post a Comment