ASSALAMUALAIKUM :) WELCOME TO OUR KRIK KRIK BLOG !!!

Sunday 7 December 2014

VIDEO TEKNIK PEMATERIAN












PROSES PEMATERIAN

Langkah 1


Sambungkan wayar ke tamatan. Panaskan alat pemateri. Pastikan bit cukup panas dan sentuh bit pada bahagian sambungan.



Langkah 2


Sentuhkan dawai pateri ke bahagian yang telah dipanaskan.


Langkah 3


Pastikan pateri mengalir ke bahagian sambungan. Angkat dawai pateri dahulu diikuti dengan alat pemateri. Elakkan penggunaan pateri yang berlebihan.



Langkah 4


Pastikan pematerian dalam keadaan sempurna dan kukuh. Biarkan pateri membeku dengan sendiri.








ALAT PEMATERIAN



ALAT PATERI
  Fungsi :
    1. Mencairkan timah pateri ketika kerja - kerja pematerian.



TIMAH
Fungsi:
1.Sejenis bahan aloi campuran timah dan plumbum.
   2.Mencantumkan hujung wayar dan kaki komponen pada bod litar. 




TEMPAT LETAK ALAT PEMATERIAN
Fungsi:
1.Meletakkan alat pemateri ketika digunakan. 
2.Meletakkan alat pemateri sehingga sejuk sebelum disimpan. 

             


PENYEDUT TIMAH
Fungsi :
      1.Menyedut timah pateri ketika kerja - kerja pembaikan litar.


SPAN
1.Digunakan untuk membersihkan bit daripada bahan pateri yang berlebihan.
2.Perlu dilembapkan dengan air sebelum digunakan. 





PLAYAR KACIP ( PEMOTONG SISI )
Fungsi :
1. Memotong dawai dan wayar elektrik.
2. Memotong kaki komponen elektronik.


PENJALUR WAYAR
Fungsi :
1. Menjalur dan memotong wayar.


PLAYAR MUNCUNG TIRUS
Fungsi :
1.Memotong kaki komponen.
3.Memegang atau mencapai komponen elektronik 
di ruang yang sempit.










PENGENALAN PEMATERIAN

Pematerian adalah satu proses menyambugkan pengalir (wayar penyambungan atau kaki komponen) pada papan litar dengan mencairkan logam bagi menghasilkan litar elektronik. Kerja pematerian melibatkan penggunaan alat dan penguasaan kemahiran tertentu. Kerja ini tidaklah begitu sukar untuk dilakukan, tetapi jika pemateri tidak dilakukan dengan sempurna kegagalan untuk sesuatu projek tidak berfungsi dengan baik akan berlaku.

Terdapat dua proses pematerian iaitu:
  •        Pematerian Lembut
  •        Pematerian Keras
Pematerian lembut
·         Bidang elektrik dan elektronik merupakan bidang yang paling banyak menggunakan proses pematerian lembut, contohnya menyambungkan komponen-komponen pada papan litar tercetak, televisyen, radio, telefon, mesin taip dan sistem pencucuh bahan api automobil.

Pematerian keras

·         Syarikat pembuat peti sejuk, alat hawa dingin dan vakum menggunakan proses ini dengan banyaknya untuk membuat penyambungan yang tidak bocor. Industri automobil turut menggunakanya untuk menghasilkan aksesori, roda stering dan tiup penyambung.


Pematerian kebanyakannya digunakan dalam bidang elektrik dan elektronik. Perkembangan teknologi pada masa ini telah menyebabkan terhasilnya mesin pematerian yang canggih sehingga semua proses pematerian boleh dilakukan dalam satu mesin sahaja. Penciptaan mesin ini juga telah meningkatkan pengeluaran produk yang menggunakan proses pematerian.